Assalamualaikum Wbt.
Hye semua reader. Selamat hari Rabu yang indah.
Di malam yang sunyi ni aku nak share pengalaman aku ke Eco murai Rimba di Batang Kali buat pertama kalinya.
Sabtu lepas, kitorang geng sekolah dan guru decide nak mandi manda di sungai ataupun laut. Just lepak bakar bakar sikit dan mandi manda 'ngepy ngepy' sempena hari guru yang dah lama berlalu. sebab baru ada masa. So aku pon cucuk sikit bos besar kami umi ngan abah untuk cuti cuti sikit.
Yes! Dorang pon bersetuju nak sponser percutian pendek tak dirancang ni. Pada mulanya big boss dah pilih laut di Port Dickson dan berdekatan.
Tapi malangnya tiba tiba viral pula di media sosial kononya ada virus di pantai Port Dickson. kononya terdampar binatang yang berbisa dan bahaya yang menyebabkan penyakit berjangkit. So, plan A gagal.
Apa lagi...Aku pon google mencari sungai setelah dikatakan laut merbahaya. Mulanya Planning nak ke Nahara Kalumpang, tapi rasanya kitorang nakkan chalet yang lebih privasi dan tak crowded sangat kot. Jadi kitorang pon pilih Eco Murai Rimba.
So aku terus deal dan booking lima bilik dan satu ruang nak bbq. Harga yang berbaloi dan servis yang baik dari khidmat pelanggan. I loikee...
So bertolak lah kami secara berpecah sebab masing masing ada urusan waktu pagi, so deal jumpa di sini pada pukul 4 petang.
Alhamdulillah safely arrived.
Inilah rupa pintu mula mula masuk ECO MURAI RIMBA .
|
Gamba ehsan dari google sebab aku tak dan nak snap lelawa hahahah |
|
Ni gamba reality aku tangkap. takdan nak tangkap lelawa sesab eksaited nak tengok sungai. tapi nice je depan depan. |
Sampai je, aku gigih pi sekeliling tengok view dia. tempat dia bukanlah besar sangat ya. janganlah kau harapkan cam hotel or resort lima bintang. Nama pon hutan.. memang feel dia hutan la bos. haha
meh usya...
|
Ni tempat untuk ko santai santai ngan family. best je sebab open air yang segar sangat.
jadi port abah ngan along lepak sini.
Apa lagiii... mestilah nombor satu cari sungai dia. dekat sangat tau sungainya. korang just turun beberapa anak tangga dah sampai. kira depan bilik jalan sikit terus sungai la haaa.
|
|
ni ha sungai dia. Cantikkan...'semangat hutan' aku dah sampai.. gila nak terjun sangat dah waktu ni. hahahaha
|
|
Apa lagi semua pakat terjun laaaa...
Time ni semua dah macam badak berendam dah takmau kluar air. haha. |
kalau sesiapa yang bawa anak kecil mungkin tak berapa puas sebab air nya yang sedikit dalam dan deras. Kena sentiasa ada pemantauan orang dewasa ya. Apa pun namanya tetap sungai, kita kena lebih hati hati la. tapi NATURE dia sangat penting. Rasa fresh gilerr weh sampai sungai ni.
|
Tapi ada je tempat banyak batu dan tempat cetek sikit untuk budak budak. |
Seronokla dia main batu batu ni.
Muci happy je sentiasa.. bawakla laut ke sungai ke. yang penting air dan ada batu atau pasir nak dimain.
|
nampak ada penampakan di situ...apa yang timbul tu.. hahaha |
Gila sejuk bekukkk air dia wooo.. Semua enjoy mandi dulu sebelum masuk maghrib. Pasni nak sesi bakar membakar lak.
Lepas puas hati mandi sampai telinga berdengung penuh air, apa lagi.... standby nak 'berbbq' la sume. Perut pon dah ada bunyik macam macam dah. hahaha
|
Sebelum bakar bakar, Dorang solat berjemaah dulu. Masha ALLAH.. Sejuk perut ibu mengandung |
|
Haaa ini dia bekas ais yang pihak chalet sediakan. kelengkapan rasanya sume lengkap. Terbaik... |
Masa aku tanya admin di whatsapp, dia dah bagitau di sini dah disediakan alatan dapur. Kita cuma perlu bawa makanan dan barang basah yang nak dimasak sahaja. Tapi, walaupun dia dah maklumkan, standart la manusia...kami sediakan payung sebelum hujan. Segala kelengkapan dapur kami bawa. Sampaikan rice cooker pon angkut haaa. takut tetiba nanti takde. tapi semua barangnya terbukti ya ada. baguss... Complete.
|
Ni ruang tempat disediakan untuk bakar. Semua alatan dia ada berikan. Pemetik api pon ada tau. Jangan risau nak bawa barang barang banyak macam nak pergi camping. |
|
Kambing bakar paduu punya. 'mengembek' la malam ni makan banyak sangat haha |
Gigih tau bawak rice cooker. Dia takde kat sini, tapi dia sediakan periuk kuali segala jenis untuk ko tanak atas api dapur gas. No worries..
Gigih jugak aku perap ayam pagi tu sebab umi tak larat sangat. Sedap tak sedap diam sudaaa.. yang penting licin habis dimakan. Tapi apa yang penting.. KERJASAMA. sume pakat tolong tolong kat dapur. so makan pon nikmat je...
Mengancamm tak rupa dia.. hahahaa
|
Berukhuwah kan kami makan... haha |
|
Abang Long penat nampak... sapedeq dulu. hehehe |
Semua menikmati makanan . Alhamdulillah takde pembaziran. Pantang betul umi kalau ada pembaziran makanan ni tau. Seronok dapat rasa suasana malam di kampung dengan bunyi air sungai dan unggas.
Dikesempatan bercuti dengan staf umi abah ni, kami pon ambil kesempatan nak sambut beday umi abah dan anniversary dorang. Kitorang buat senyap senyap sekali. suwittt tak? konon nak la beli kek secret recipe febret semua. tapi nanti takut cair. so order brownies dengan seseorang. Last minit order. Tapi Alhamdulillah sedap. hehe
|
Tanjat tak Umi Abah.. hahaha |
|
Selamat hari lahir UMI dan ABAH. Semoga ALLAH panjangkan usia kalian dalam redha dan rahmat. |
Bila dah lewat malam, semua dah nak masuk bilik masing masing tidur. Tapi, kami takeleh tidur sebab malam ni sangatlah panas Ya Rabb. Kata si pekerja tu memang hari ni cuaca panas dari pagi. kalau tak memang sejuk dan berkabus. ingatkan dia tipu.. rupanya mana mana blog aku baca memang sejuk malam kat sini. Sampaikan dorang tidur pun pakai sweater. Mungkin bukan rezeki kami nak rasa sejuk tu. Aircond pula tiada. memang panas sungguh sampaikan tidur pun selamber je kami bukak pintu.
Tapi mata tetap tak boleh lelap.
Maka berjagalah kami geng geng bujang ni menikmati sisa malam dan meratah segala makanan yang masih bersisa. hahaha
Sambil tunggu malam nak sejuk ni, kami pon main la permainan 'true or dare' mainan 'omputih' ni.
hinggakan cuaca agak sejuk barulah kami tidur.
Layankan jelah.....
..............................................................
Keesokan harinya, aktiviti kitorang sama macam petang semalam. Terus seamangat nak lawan panah sape lagi hebat kononnya.
kitorang pergi ni bawa alat memanah budak sekolah punya. kami pinjam nak buat main di sini. gigih bawak nak main. memang best rasa privacy tempat takde orang ramai lalu lalang. takde orang lain melainkan keluarga kita je.
|
letak tengah tengah, so ade orang tolong jaga sesapa melintas stop main. |
|
Gigih Tikah nak ;awan. hahaha Dah macam makcik bawah dah aku tengok hahaha |
|
Along ajet Robbin hood lettew hahah |
|
Abah pon taknak kalah... tapi dia punya konpidenn tu memang paduu. tapi asik ke pokok je sume anak panah tu. |
Sementara depa main, terus je aku gorengkan nasi sikit dan buat air kopi panas untuk sarapan. Sarapan ada pihak Eco Murai sediakan nasi lemak sorang satu. Makanlah dengan ayam semalam. Sedap je makan apa pun kat sungai ni..
Aku kirim pula beli durian 5kg pada si bangla nama Aminor pekerja sini. Siap jalan kaki nak belikan durian. memang bagus dia punya srvis. Patutlah keje dah enam tahun...
Ok dah nak balik check out pukul 12.00 tengah hari.
apa lagi... Terjun balik sungai mandi sepuas puasnya dan bersiap lah kami untuk pulang.
Waaaa... Baru rasa relaks.. lupa esok dah Isnin dah kerja...huhuhu
|
Selamat berehat semua. Nanti kita nak fokus pada murid Upsr dan Psra pula. |
So itu jelah aktiviti yang sempat aku ceritakan. Rasanya aktivitinya lebih pada mandi sungai sahaja dan memancing. Tapi ras seronok sebab ada 'family time' rasanya..
Balik je dengar boss nak belanja makan tengah hari di Restoran Ayam Kampung di Kota Damansara.
Alhamdulillah semoga murah rezeki. Aaminn...
Sayonara, Semoga berjumpa lagi. InsyaAllah aku akan datang lagi.
Aku tulis atas pengalaman sendiri dan pandangan sendiri.
Untuk yang nak ke sini boleh contact no ni
+ 012 250 5507 (Eco Murai Rimba)
So next, nak kemana kita lepas ni....